Surat dari Prof AW Arbain
Terima kasih atas nukilan Pakcik kepada saya
Salam Dr.,
Antara kerja persendirian yang banyak pahala ialah pertanian. Kerana, dalam pertanian banyak tawakkal dan sabar. Pokok tidak boleh diugut dengan senjata. Serangga tidak faham amaran.
Antara keadaan yang banyak dapat pahala ialah ketika sakit. Kerana, dalam sakit kita sabar menunggu kesembuhan. Sedangkan kesembuhan lebih lambat dari kehadiran sakit.
Antara dua kerja berkaitan dengan manusia yang dimuliakan ialah tabib agama dan tabib tubuh-badan.
"طب الأديان وطب الأبدان"
Kerana, mengajar manusia mesti bersabar; begitu juga merawat manusia mesti bersabar.
Manusia boleh memaki hamun orang yang mengajar dan orang yang merawat.
2 comments:
Salam PG.
Benar apa yang diperkatkan oleh Dr. Abdul Wahab itu.
Wslm Pakdin..
Prof AW Arbain tu orangnya banyak ilmu sangat..Kata-katanya penuh nasihat.
Post a Comment