Friday, May 15, 2009

Khinzir dah mula demam,batuk,bersin,selsema

15/05/2009 2:22pm

PUTRAJAYA 15 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

``Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan


2 comments:

Pengasas May 15, 2009 at 10:22 PM  

Salam Dr.,
Cepat betul penyakit tu sampai.
Masa tak ada kapalterbang mungkin lambat sampai.
"Ini sumbangan kapalterbang namanya" - Psudo P. Ramlee.

PG May 15, 2009 at 10:50 PM  

Wslm.Itulah kelebihan adanya kapal terbang.Kalau naik kapal laut macammana pulak yer Pakcik.

Blog Archive

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP