Tuesday, May 5, 2009

Nahas Payung Terjun

Sumber:www.sinarharian.com.my/com/content/story2728730.asp
5 May 2009
ATM tubuh Lembaga Penyiasatan Khas

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan Lembaga Penyiasatan Khas untuk menyiasat tragedi anggota tentera terbunuh dan dua cedera dalam siri latihan payung terjun di kawasan Felda Chuping, Padang Besar, dua minggu lalu.

Panglima 10 Briged PARA, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Dalib Basir berkata, kejadian tersebut masih lagi dalam siasatan pihak Lembaga Penyiasatan Khas.

“Kemalangan tersebut boleh dikategorikan sebagai tidak diduga,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau membuat maklum balas terhadap keratan akhbar yang disiarkan dalam Sinar Harian 27 April lalu menyentuh tentang langkah-langkah keselamatan perlu ditingkatkan bagi memastikan kejadian anggota tentera terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun tidak lagi berulang.

Dalam kejadian tersebut, seorang anggota tentera terbunuh manakala dua lagi cedera dalam siri latihan payung terjun di kawasan Felda Chuping, Padang Besar, Kangar pada 24 April lalu.

Anggota yang terbunuh dikenali sebagai Zamri Yusof, 26, dari Pasir Mas, Kelantan manakala salah seorang yang cedera dikenali sebagai Mohd Jais Mohd Yusof, 38. Mohd Jais sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Kejadian berlaku pada jam 10.45 pagi ketika anggota-anggota dari 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka sedang mengadakan latihan payung terjun di kawasan ladang tebu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tiupan angin kencang sehingga menyebabkan Zamri gagal mengawal payung terjun dan tersasar ke dalam sebuah kolam.

Jenazah Zamri dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah sebelum diterbangkan ke Kelantan.

0 comments:

Blog Archive

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP