Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Menyelesaikan Pinjaman Perumahan dengan cepat?

Sumber:lupa...
April 4th, 2008
Saya fikir hampir semua orang yang membeli rumah sendiri akan berharap dapat menyelesaikan pinjaman perumahan kita secepat mungkin.
Terutama pinjaman perumahan yang tinggi nilainya (kadar faedah juga berbeza-beza dari satu bank dengan bank yang lain). Saya tertarik dengan perbincangan dari forum Bicara Jutawan, jadi tak perlulah saya tulis semula apa yang dibincangkan di sana. Cuma ada beberapa perkara yang patut kita pertimbangkan sebelum berura-ura untuk membuat pinjaman.

Antara kriteria yang penting ialah kadar faedah, tempoh pinjaman, lock-in period (tempoh bank letakkan untuk elakkan kita refinance ke bank lain, atau penalti akan dikenakan), dan juga kemudahan untuk membayar ansuran bulanan lebih dari yang ditetapkan untuk memendekkan tempoh pinjaman (daily rest / monthly rest).
Memandangkan saya lebih cenderung kepada pinjaman berbentuk Islamic, pilihan pakej tidak banyak, malah untuk hartanah rizab melayu semi permanent (rumah batu separuh, kayu separuh – rumah kampung), pilihan amat-amat terhad. Saya agak terkilan kerana kadar yang ditawarkan oleh Maybank untuk pinjaman perumahan yang saya pohon untuk rumah di Kg. Datuk Keramat ditawarkan pada kadar BLR + 4% (BLR sekarang ialah 6.75%). Bermakna pinjaman perumahan saya dikenakan faedah (walaupun dalam istilah islamic banking dipanggil lain) setinggi 10.75%!.
Cuma, kadar tersebut akan tetap dari mula sehinggalah tamat tempoh pinjaman. Jadi untuk orang macam saya yang kadang-kadang tak ada masa dan takut terlari bajet, saya lebih suka tahu lebih awal apakah komitmen bayaran ansuran bulanan yang saya perlu jelaskan. Senang untuk saya selaraskan perancangan dan perbelanjaan kewangan saya.
Sebaiknya, sebelum pinjaman diambil, sangat wajar kita lakukan perkara di bawah ini:-
1) Tinjau semua pakej yang ditawarkan oleh bank-bank. Dapatkan dengan jelas butiran pinjaman, kadar faedah, pakej yang ditawarkan, promosi dan lain-lain.
2) Lihat kadar faedah dan tempoh bayaran balik yang ditawarkan serta had umur (ada yang tempoh bayaran balik sampai 30 tahun! – baik untuk dapatkan ansuran bulanan yang lebih rendah)
3) Lihat kemudahan untuk membayar lebih dari ansuran yang ditetapkan (daily rest / monthly rest). Jika dapat yang daily rest lebih bagus, kerana kita boleh bayar sekerap yang mungkin dalam satu bulan untuk memendekkan tempoh bayaran balik keseluruhan pinjaman.
4) Zero-moving-cost atau tidak (ZMC bermaksud kos guaman, valuer dan lain-lain ditanggung bank – kita juga yang bayar sebenarnya – sebahagian dari jumlah pinjaman. Jika tiada ZMC, kadar faedah lebih rendah biasanya. Kos guaman dan lain-lain ditanggung oleh pembeli)
5) Tempoh lock-in oleh bank (ada yang sampai 5 tahun!). Jika lebih singkat lebih bagus.
6) Terma dan syarat (rizab melayu, jenis hartanah, status – dalam pembinaan atau sudah siap)
7) Diskaun dan promosi-promosi yang disertakan. Ada kala kadar faedah direndahkan sekejap untuk tarik permohonan baru.
8 )Lawati bank-bank berkenaan untuk bertanya secara terus dengan pegawai pinjamaan perumahan. Siapkan dahulu soalan-soalan yang ingin ditanya sebelum berkunjung.
Setelah kesemua perkara diatas dibuat penilaian, susun pakej-pakej mengikut keutamaan dan kelebihan dari yang lain. Kemudian, pilihlah pakej yang paling sesuai (mungkin bukan yang terbaik) dengan kemampuan kewangan kita.
Macam kes saya, ada 2 kekangan – pertama, hartanah adalah rizab Melayu, jadi tak banyak bank yang boleh terima permohonan pinjaman. Kedua, saya ingin pinjaman Islamic, jadi kadar faedahnya lebih tinggi berbanding “Flexi Home Loan”. Ini kerana, bank perlu tetapkan satu kadar keuntungan yang munasabah kerana apabila BLR naik, bank tidak dapat menanggung kos berkenaan daripada pinjaman yang telah diluluskan.
Untuk memendekkan tempoh bayaran balik ada beberapa cara. Pertama ambil pakej yang ada option daily rest. Daily rest bermaksud kiraan faedah diambil secara harian dari jumlah baki pinjaman. Bermaksud lebih kerap kita bayar, lebih rendah baki pinjaman, lebih singkat tempoh bayaran balik.
Contohnya bayaran bulanan pinjaman perumahan kita ialah RM1200. Untuk dapatkan kelebihan daily rest, kita bayar 2 kali sebulan. Bayar dahulu RM600, 2 minggu lebih awal, dan RM600 lagi di akhir bulan (masa due date bayaran bulanan biasa). Dengan cara ini, baki tertunggak dapat dikurangkan setiap 2 minggu! kerana kita berjaya bayar pinjaman setiap 2 minggu. Kesannya dapat kita lihat untuk satu tempoh tertentu, paling tidak kita pasti akan jimat beberapa tahun!.
Namun ada juga bank yang tidak memberikan kemudahan daily rest sebab mereka mahu kita membayar ansuran bulanan sehingga tamat tempoh pinjaman yang ditetapkan – lebih menguntungkan mereka! Paling hampir kepada daily rest ialah monthly rest, di mana kadar baki bulanan yang akan diambil kira semasa pengiraan faedah untuk bayaran balik. Maybank membenarkan advance payment sehingga 6 bulan sahaja pada satu-satu masa.
Satu lagi kaedah ialah OD (overdraft) + mortgage (refinance). Kaedah ini saya tak faham lagi, mungkin saya kena belajar dan kaji dahulu baru saya boleh ulas. Memang jika kita refinance pinjaman perumahan yang telah tamat lock-in period ke bank yang menawarkan kadar yang lebih kompetitif, ianya lebih menjimatkan ansuran bulanan kita. Malah adakalanya apabila kita refinance rumah mengikut harga pasaran (market value), kita akan dapat lebihan wang dari perbezaan jumlah pinjaman dari bank lama (baki yang ada lebih rendah) dari jumlah pinjaman yang dipohon dari bank baru.
Apa yang penting di sini ialah, jangan malas untuk membuat “homework” bila ianya melibatkan pinjaman!.



Read more...

Friday, July 10, 2009

Dividen Bank Persatuan 10%

Sumber:www.bankpstn.com.my/dividen_2008.html
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke - 50 Bank Persatuan pada 13/06/2009 telah meluluskan bayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2008 sebanyak 10% (SEPULUH PERATUS).
A. Bayaran dividen secara tunai
Dividen secara tunai akan mulai dibayar pada 20/07/2009 hingga 21/08/2009. Tuan/Puan adalah dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana cawangan Bank Persatuan untuk menerima bayaran secara tunai.
Bagi anggota yang menerima bayaran dividen melebihi RM 5,000.00 bayaran dividen tersebut akan dibayar secara cek oleh cawangan Bank Persatuan yang berkenaan.
B. Bayaran dividen bukan secara tunai (Cek/Akaun Simpanan/Akaun Pembiayaan)
Bayaran dividen bukan secara tunai iaitu secara cek, kredit ke akaun simpanan Bank Persatuan ataupun kredit ke akaun pembiayaan Bank Persatuan ianya adalah melalui "arahan bayaran" dividen tersebut di atas secara bertulis dan dihantar ke mana-mana cawangan Bank Persatuan dalam tempoh tidak lewat daripada 21/08/2009.
Sekiranya pihak Bank tidak menerima apa-apa jawapan daripada tuan/puan selepas 21/08/2009 jumlah dividen tersebut akan dikreditkan terus sebagai tambahan kepada syer keanggotaan tuan/puan di Bank ini tertakluk kepada had maksimum pelaburan yang dibenarkan.

Read more...

Monday, June 22, 2009

Bank Koperasi No.2

MESYUARAT Agung Perwakilan Tahunan Bank Persatuan kali ke-50 tahun ini, memahat detik bersejarah apabila bank berkenaan bakal diisytiharkan sebagai sebuah bank koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pengisytiharaan itu akan menjadi kebanggaan kepada bank sekali gus mencapai misinya untuk menjadi bank Koperasi Islam yang unggul, maju dan berketerampilan lambang gerakan koperasi negara.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Darus (gambar) berkata, menjelang detik bersejarah itu sewajarnya ahli meningkatkan pelaburan saham bagi menjayakan serta menyokong meningkatkan jumlah modal berbayar sehinga RM300 juta iaitu antara kriteria kelayakan untuk diisytihar sebagai bank koperasi kedua tidak lama lagi.

Sehubungan itu katanya, sudah sampai masanya bank perlu meluaskan operasi dengan pembukaan rangkaian cawangan baru di setiap negeri di Semenanjung selain 11 cawangan yang sedang beroperasi di beberapa negeri.





Antara cawangan baru yang dicadangkan termasuk cawangan ke-12 yang akan diwujudkan di Kuantan, Pahang akhir Julai ini dan cawangan ke-13 di Bandaraya Melaka Bersejarah akhir tahun ini, bertujuan memastikan pertumbuhan kukuh dari segi operasi perbankan.

“Kami mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar dengan lebih meluas di kawasan strategik tanpa terhad di lokasi tertentu,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Bank Persatuan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Mohd Yusuf Samsuddin di Kepala Batas semalam.

Selain itu, bank bercadang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di semua cawangan bagi membolehkan pelanggan mendepositkan simpanan, pembayaran dan mengeluarkan wang simpanan.

Sumber : Harian Metro


Read more...

Friday, June 5, 2009

BSKL





Read more...

Friday, March 27, 2009

Dana Al-Husna KBI

Sumber:kbi.com.my

PENGENALAN

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 1977 dan didaftarkan di bawah Akta koperasi 1933 ( No. Pendaftaran : 16/31.5.77) Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan dakwah Islamiyyah dengan hasrat antara lain untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Lanjutan daripada ilham yang tercetus tersebut, KBI menjadi institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Syariah.


DANA PELABURAN AL-HUSNA

Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam Surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama al-Husna dipilih sebagai manifestasi sumber rezeki yang baik yang dirurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula. Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham di bawah ESOS (Employees’ Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia . Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT ASAS PELABURAN


Beragama Islam.
Menjadi Anggota KBI dengan bayaran pendaftaran RM100.00.
Bersetuju dengan tempoh matang pelaburan paling kurang 3 bulan
Bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh KBI.


JUMLAH PELABURAN

Jumlah minimum pelaburan ialah sebanyak RM5,000.00


PERKONGSIAN KEUNTUNGAN

Setiap pelaburan yang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan di antara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-

PELABUR : KBI
70% : 30%



KEISTIMEWAAN MELABUR DALAM DANA PELABURAN AL-HUSNA


Berisiko rendah
Berupaya menjangka margin keuntungan
Kadar perkongsian keuntungan kepada pelabur tinggi (70%)
Tempoh matang yang singkat iaitu 3 bulan
Pengagihan keuntungan 2 kali setahun
Jangkaan pulangan pelaburan melebihi 15% setahun

Read more...

Thursday, March 5, 2009

Nilai Emas





Read more...

Wednesday, February 25, 2009

Dividen Tabung Haji-5%

25/02/2009 3:01pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Tabung Haji mengumumkan dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008. - Utusan



Read more...

Pelaburan ASB melalui bank

Sumber:od-asb.blogspot.com
Analisis yang saya buat ni cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk
memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda
sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan
duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000
manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9%
setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh
dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan
terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak
dan sebagainya.


Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
----------------------------------------------------
Hasil pengiraan saya menggunakan softwar! e Optimoney, jika dividen 7%
setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki
pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan
dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit
RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini
bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000
selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun,
simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang
disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd
loan
------------------------------------------------------
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah
pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) dengan dividen
RM 7,000! untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM
100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000
Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359
shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain
bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini
kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai
pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda
ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total Gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
----------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Sumber:od-asb.blogspot.com
Siapa yang untung sebenarnya? ==> BANK !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 da! ri anda
sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari
keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk
individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil
dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> ANDA!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan di ASB menggunakan duit sendiri.

MORALNYA - JANGAN MELABUR DENGAN DUIT HUTANG!!!

Read more...

Monday, February 23, 2009

Lima Jalan Kemenangan Dinar

Sumber:dirham2dinar.blogspot.com
Menjelang akhir tahun 2008 yang baru lalu ,nilai tukar dinar emas telah melampaui RM 460/dinar. Ini merupakan angka tertinggi sepanjang 2008. Pada akhir tahun 2007 lalu, nilai tukarnya masih di bawah RM 380/dinar. Maknanya dalam satu tahun ini dinar emas telah mengalami peningkatan sebanyak 22%. Kalau kita melihat ke belakang, sehingga akhir tahun 2002 ketika dinar mulai dicetak dan diedarkan , di akan terlihat perubahan yang jauh lebih nyata. Ketika itu nilai tukar dinar adalah disekitar RM 140/dinar. Maka, peningkatannya adalah 228%. Maka, rata-rata (secara flat) peningkatan tahunannya dalam tempoh ini adalah 32.6% setahun.Bagaimana prospeknya di 2009? Tidak boleh dipastikan, kecuali bahawa secara kasarnya akan terus mengalami peningkatan dalam keadaan normal sekitar 25-30% keatas. Tetapi, kita semua tahu, 2009 adalah tahun ketika krisis global yang tengah kita alami dalam beberapa bulan terakhir ini akan menjadi semakin parah. Para penganalisa antarabangsa menjangka harga emas dunia akan mencapai USD 1,800-2,500/ounce. Ketika ini, dengan nilai tukar dinar RM 480, harga emas dunia baru sekitar USD 930/ounce. Jadi, kalau harga emas berlipat dua kali ganda sahaja, maka nilai tukar dinar pada akhir 2009 boleh mencapai lebih dari RM 550/dinar.
Kekuatan dinar emas, dengan begitu, tidak perlu diragukan lagi. Kemenangan dinar emas dan dirham perak atas sistem riba adalah sebuah kenyataan. Setiap kali sistem wang kertas mengalami krisis, dan terus melemah, setiap kali pula dinar emas dan dirham perak mendapatkan kekuatan barunya. Meskipun begitu jalan untuk menuju kemenangan ini masih panjang. Berikut adalah beberapa langkah yang masih harus kita usahakan. 1. Perluasan Peredaran Dinar dan Dirham Pada tahun 2009 jumlah wakala harus bertambah, kerana minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam mengedarkan dinar dan dirham juga semakin tinggi.
2. Pembayaran Zakat3. Jaringan Pemakai Dinar dan DirhamKetika ini kita tidak dapat mengira lagi berapa jumlah orang pemakai dinar dan dirham , apalagi Yang jelas semakin hari semakin bertambah jumlahnya. Namun, jumlah yang besar semata bukan tujuan pengedaran dinar dan dirham, kalau koinnya berhenti di poket masing-masing. Dinar dan dirham harus beredar, berpindah dari tangan ke tangan, melalui transaksi. Kerana itu dinar dan dirham harus segera digunakan sebagai alat tukar. Jaringan antara pemakai dinar dan dirham diperlukan untuk terjadinya transaksi ini. Untuk itu, salah satu prioritas program Wakala Induk Nusantara pada 2009 ini, adalah menyiapkan fasiliti sarana pembayaran (payment system), berasaskan komunikasi data bergerak (mobile payment system) ataupun kad (smart card payment system). Pemakai dinar dan dirham, dengan demikian, akan terdiri dari dua kategori yakni pembeli dan penjual, baik perkhdmatan maupun produk. Dengan adanya fasilitis sistem pembayaran maka kita akan dapatkan jaringan pengusaha dan pedagang penerima dinar dan dirham sebgai alat tukar. 4. Jaringan Perdagangan InternasionalDinar emas dan dirham perak adalah alat tukar yang universal, tak mengenal batas negara.Kawasan terdekat kita sebagai tempat beredanya dinar emas dan dirham perak adalah Malaysia. Selain itu juga beredar di Dubai, di Afrika Selatan; sertaSepanyol, England, Jerman, dan Mexico, dalam jumlah yang jauh lebih kecil. Kerana itu, , pemakaian dinar emas akan efektif sebagai jalan masuk pengembangan jaringan perdagangan antrabangsa. Untuk tahap ini, pemakaian dinar emas dan dirham perak, tidak lagi memadai dalam bentuk fisik al semata. Ia harus dibantu dengan sistem elektronik yang lebih luas, melalui jaringan Internet. Di sinilah peranan e-Dinar akan menjadi penting. Saat ini e-Dinar telah beroperasi secara internasional, dengan jumlah pemakai sekitar 2 juta orang. Namun, sama dengan persoalan dinar fisikl yang ada ketika ini, pemakaiannya juga masih terbatas di kalangan penabung, belum efektif sebagai alat tukar dalam perdagangan. Integrasi wakala-wakala di Indonesia/Malaysia dengan sistem e-Dinar akan menyatukan umat Islam seluruh dunia melalui perdagangan. 5. Pengakuan Umum Dinar sebagai Alat TukarSejak zaman dahulu, sampai sekarang ini, dan kelak di kemudian hari pertukaran barang dan khimat dengan dinar emas dan dirham perak selalu mengikuti hukum pasar/market demand. Artinya dasarnya adalah suka sama suka. Ini adalah terbalik dari sistem wang kertas yang didasarkan pada pemaksaan melalui undang –undang (Legal Tender Law). Kerana itu, kita memang tidak mengalakan pengesahan dinar emas dan dirham perak sebagai alat tukar sah melalui undang-undang sebuah negara. Pertukaran sukarela akan terjadi ketika kesedaran masyarakat telah pulih, bahwa alat tukar yang adil haruslah berupa komoditi, dan bukan secarik kertas yang tidak berharga. Kesedaran itu akan pulih ketika masyarakat pemakai koin ini telah mencapai jumlah tertentu (critical mass) hingga kehadirannya dalam masyarakat dirasai. Tahap ini, tentu saja, akan terjadi ketika pencapaian pada tahap ke-4 di atas, telah cukup memberikan impak. Hal yang terpenting kita pahami bersama adalah tercapainya ke-5 Jalan Kemenangan Dinar di atas sepenuhnya bergantung pada kita sendiri. Tidak perlu saling menunggu, juga tidak perlu menggantungkan pihak lain untuk melakukannya. Masing-masing dari kitalah, para individu merdeka ini, yang menentukannya. Maka amalkanlah yang boleh kita amalkan. Mulailah dengan mengupayakan agar setiap orang, setidaknya setiap keluarga, memegang dan menyimpan 1 koin dinar emas, pada 2009 ini.

Read more...

Krisis Kewangan Global – Perspektif Islam

Sumber:dirham2dinar.blogspot.com
Bahagian 1
Untuk memahami apa yang berlaku sekarang keatas apa yang dipanggil sebagai krisis kredit, kita perlu memahami dahulu apa berlaku pada tahun 1908, apabila Federal Reserve System dicipta dan apakah agenda tersembunyi pengasas FDR. Jika kita tidak melihat pada sejarah penubuhannya, kita akan gagal melihat secara mendalam isu dimana krisis ini adalah suatu agenda berterusan mereka (FDR).

Analisis saya akan melihat kepada empat aspek Sistem kuasa Kewangan moden (Modern Financial Power System):

1. Wang FIAT: bagaimana wang FIAT (atau wang kosong tanpa sandaran) dicipta.

2. Hilangnya kuasa beli dan inflasi: kesan daripada cetakan tanpa had keatas ekonomi terutamanya kepada anda dan saya.

3. Bank Pusat dan Federal Reserve : Agenda tersembunyi dan objektif kartel Perbankan yang dikenali sebagai Bank Pusat dan Federal Reserve System;

4. Wang sebenar dan ekonomi shari’ah: alternatif kepada ekonomi wang fiat.


Untuk memudahkan cerita, kita akan fokus kepada US Federal Reserve System dan logik yang sama akan digunakan keatas Bank – Bank Pusat yang lain.
Walaupun penerangan saya sangat mudah dan ringkas. Secara teknikal ianya 100% menggambarkan apa yang berlaku.

1. Bagaimana wang FIAT dicipta :

Wang FIAT adalah wang yang dicipta dari atas angin dan wujud melalui hutang kerajaan , hutang perniagaan dan hutang swasta. Ini adalah fakta penting yang perlu kita ingat. Wang FIAT dicipta melalui HUTANG. Kita akan melihat kenapa ini sangat penting.

Penciptaan wang berlaku melalui kepentingan bersama antara kerajaan dan Bank Pusat atau Federal Reserve System milik kartel perbankan persendirian. Kamu akan tertanya – tanya bagaimana wang atas angin boleh wujud sedangkan kita bekerja keras seluruh hidup kita, mencari kehidupan untuk mendapatkan wang yang sama.




Mari kita lihat bagaimana wang FIAT dicipta :

Ini bermula dari kerajaan. Kerajaan tidak ada wang dan memerlukan 10 billion US dollar untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk hari – hari mendatang. Kerajaan melalui Pembendaharan (Treasury) akan pergi ke Fed kerana itulah FED ditubuhkan (membekal wang).

Pegawai FED akan mengeluarkan sebuah cek besar dan memberikan cek tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana wang ini datang. Jawapannya wang tidak ada ! Checking Akaun pun tiada , yang ada hanya buku cek. Wang itu wujud ketika pegawai FED menandatangani cek tersebut. Dicipta atas angin dan dipinjamkan kepada kerajaan dengan bunga (interest).

Jika kamu dan saya berbuat demikian kita akan masuk penjara. FED boleh melakukannya kerana kongres AS yang mahu FED berbuat demikian. Kita akan lihat kemudian kenapa .

Pegawai Perbendaharaan akan mendepositkan cek tersebut kedalam akaun kerajaan di salah satu Federal Reserve System Bank (secara teknikalnya bukan Bank pun) dan kerajaan mula menulis cek untuk membayar perbelanjaan projek – projeknya . Marilah kita lihat bagaimana sebahagian kecil wang ini berada dipihak Bank Kormersial.

Apabila wang ini meninggalkan bahagian kerajaan, ia akan masuk kedalam perbankan kormersial. Sebagai contoh, seorang Posmen menerima cek 100 US dollar dan mendepositkannya kedalam bank berhampiran. Bank dengan cek 100 US dollar tersebut mengistiharkan bahawa bank tersebut boleh memberi pinjaman. Ini menyebabkan mereka yang menunggu untuk mendapatkan pinjaman bergembira, kerana itulah tujuan mereka pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Setengah orang akan rasa ragu – ragu kerana hanya 100 US dollar sahaja dideposit. Pegawai Bank berkata jangan bimbang, kami boleh memberi pinjaman sehingga 900 US dollar. Bagaimana ini boleh berlaku ?

Ini boleh berlaku kerana FED telah mensyaratkan minima 10% pinjaman mesti disimpan ( rizab berkanun – fractional reserve banking). Oleh kerana 100% dari 10% (100 USD) adalah 1000 US dollar, maka Bank boleh memberi pinjaman 900 US dollar dan 100 US dollar disimpan melalui deposit Posmen tersebut. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana pulak wang ini datang. Jawapannya tidak ada. Wang ini datang dari atas angin dan wujud ketika mana anda dan saya menandatangani perjanjian pinjaman tersebut.

Kesimpulannya, atas keputusan kerajaan yang memerlukan 10 billion US dollar, sebanyak 100 bilion US dollar wang baru dicipta atas angin – semuanya diberi pinjaman dengan interest oleh pihak bank. Interest atas angin.
Perbezaan antara kegunaan wang oleh kerajaan dan bank adalah seperti berikut. Kerajaan menggunakan wang kosong tersebut untuk membayar projek mereka sedangkan bank meminjamkan wang kosong tersebut untuk projek kita dengan interest dan mengadaikan asset kita untuk mereka. Bank akan mengambil asset kita jika kita gagal membayar interest. Ketika bank mengutip keuntungan melalui interest , hasil dari usaha kerja kita akan kembali ke bank dalam bentuk interest. Tidak kira samada ketika makmur atau mundur ekonomi, bank mesti menang kerana mereka dicipta sedemikian. Jika kita gagal membayar interest keatas wang yang sebenarnya tiada, bank akan mengambil kereta kita, rumah kita, habis semua asset kita kerana kita telah membuat perjanjian gadaian dengan mereka.

Kamu pasti tertanya – tanya bagaimana bank yang mengutip interest keatas wang yang mereka tiada dan memegang asset kita, boleh bermasalah sebagaimana yang berlaku sekarang. Jawapannya ialah kerana terlalu tamak, mereka memberi pinjaman terlalu banyak dengan deposit yang terlalu sedikit. Jika peratusan kecil sahaja pinjaman gagal dibayar, bank akan gagal memenuhi rizab berkanun mereka. Inilah yang berlaku sekarang tetapi secara salah disebut sebagai krisis kredit. ( Bank kekurangan kecairan – tunai). Krisis sekarang adalah berpunca dari over extension keatas kredit dengan rizab yang kecil. Menghadkan kredit adalah berpunca dari rizab yang tidak mencukupi.

Atas sebab diatas seluruh sistem FIAT hanyalah rumah yang dibina atas kad sahaja, apabila ribut berlaku rumah kad tersebut akan runtuh. Semakin tinggi leverage tersebut, semakin tinggi risiko untuk jatuh.

2. Hilangnya kuasa beli dan inflasi

Oleh kerana wang Fiat ini kosong, maka setiap kali diwujudkan dan disuntik kedalam ekonomi, nilainya akan menjadi susut. Ini seperti menambah air pada semanguk sup – sup menjadi semakin cair. Kita mengalaminya dengan kehilangan kuasa beli atau disebut sebagai inflasi atau fenomena kenaikan harga barangan.

Bank – bank Pusat dengan mencipta wang atas angin ini menjadi pemusnah kepada kuasa beli dan menyebabkan harta hanya berlegar melalui institusi bank dan individu (interest atas wang kosong) yang sedikit sahaja atas orang ramai yang menjadi semakin miskin setiap hari.

Siapa yang mendapat keuntungan dari system ini dan siapa pula yang rugi ? Bagi setiap mereka yang rugi, mesti ada yang untung. Mereka yang mendapat keuntungan ialah mereka yang mula – mula mendapatkan manfaat dari wang baru ini. Kerajaan yang mendapat cek mula 10 billion US dollar dan Bank yang mengeluarkan 900 billion US dollar pinjaman , seterusnya peminjam dan kitalah yang akan mendapat semua susut nilai atas wang baru yang disuntik dalam ekonomi. Yang rugi selalunya kita, yang menang adalah kerajaan dan bank.

Tak kira apa pun orang kata, inflasi adalah cukai yang tersembunyi. Kerajaan lebih suka membelanjakan wang baru dari mengutip cukai. Inilah polisi kerajaan Amerika. Itulah sebab ahli politik lebih suka pada penciptaan wang atas angin dengan bekerjasama dengan kartel perbankan.

3. Agenda tersembunyi Federal Reserve System

Jika kita percaya, tujuan penubuhan Bank Pusat dan FED adalah untuk menstabilkan system perbankan dan ekonomi kita, maka mereka telah gagal, kerana ini bukanlah tujuan sebenar mereka. Tujuan sebenar mereka boleh dilihat pada empat objektif :

1. Memudahkan dan menambahkan kuasa bank – bank besar (big banks) di Wall Street.
2. Trend kepada pembentukan modal swasta.
3. Mengurus bailout – pelan penyelamat keatas ahli – ahli kartel yang bermasalah dengan menggunakan wang pembayar cukai.
4. Menambah kuasa dengan membeli kepentingan melalui kekayaan dari tiga objektif diatas.

Federal Reserve System ditubuhkan oleh tujuh orang individu dengan mereka , ketika itu, memiliki 25% dari kekayaan dunia. Akta FED diubahsuai lebih dari 100 kali sejak ia ditubuhkan , kita lihat sekarang, kuasa FED adalah terkuat sepanjang sejarah bila berlaku krisis kredit ini.

Adakah mereka berjaya mencapai objektif 1 mereka ? Ya mereka berjaya. Walaupun ada bank disana sini tetapi sangat kerdil berbanding di New York.
Akta Federal Reserve dicipta oleh kartel perbankan. Ini seolah – olah menjemput serigala membina rumah untuk ayam dan membuat system kawalan untuk ayam tersebut.

Apa yang perlu kita sedari bahawa FED sebenarnya adalah kartel perbankan. Apa yang mereka buat ialah menggunakan perkataan federal (bunyi macam milik kerajaan), reserve seolah – olah ada rizab simpanan dan system seolah – olah ada 12 kawasan bank yang berpusat di New York.

2. Pembentukan modal swasta (Private Capital Formation)
Pada akhir abad ke 19 , korporat dan individu lebih cenderung untuk melakukan simpanan kecil dari keuntungan mereka bagi melabur dalam R&D. Pada masa itu bank – bank gelisah mencari jalan bagaimana korporat dan individu dapat memberikan wang mereka kepada bank untuk dipinjamkan kepada orang lain. ( Bank mendapat untung melalui interest atas pinjaman ). Mereka akui cara yang efektif ialah dengan menurunkan interest rate. Tetapi ketika itu adalah mustahil untuk melaksanakannya kerana orang ramai berinteraksi dengan emas dan perak. Sukar mempengaruhi manusia lain ketika emas dan perak tertakluk kepada demand and supply. (Permintaan dan bekalan )
Jadi mereka mempengaruhi manusia untuk mendapat kuasa dengan mengatakan kita perlu kepada matawang yang stabil. Matawang yang stabil bagi mereka ialah wang atas angin dan kuasa menurunkan dan menaikkan interest rate dibawah bidang kuasa Bank Pusat.

Inilah permulaan kepada rizab berkanun (fractional banking). Mulanya mereka meletakkan rizab pada emas dan perak pada 30%, naik 60% dan, dibawah president Nixon awal 70an, mereka putuskan terus dan menjadi pure wang FIAT, tidak ada lagi rizab pada emas atau perak.

Dengan menurunkan interest, mereka berjaya menarik perniagaan dan individu meminjam pada rate yang rendah. Apa yang tidak diketahui orang ramai ialah interest boleh naik kemudian dan ekonomi boleh jadi menurun. Orang ramai akan menghadapai kesukaran membayar ketika interest naik dan ekonomi merudum.

Mereka berjaya dalam objektif no. 2 !.
Hari ini perniagaan dan individu menghadapi masalah untuk membayar hutang mereka. Yang menghadapi kebangkrupan cukup tinggi. Wang lebih banyak dikeluarkan untuk membayar hutang dari membayar dividen untuk pemegang saham. Seluruh dunia menghadapi krisis kemelesetan global.
Bursa saham merudum seluruh dunia, individu dan dana pencen melihat harta mereka hilang dan kerajaan – kerajaan mendapati hutang mereka semakin membimbangkan.

Mereka telah berjaya membuang trend aliran kewangan R&D. Jelasnya , krisis kredit ini memperlihatkan bahawa dunia sebenarnya dibina atas hutang dan dengan membekukan kredit akan membawa kepada kemusnahan total kepada ekonomi.

Ketika kerajaan – kerajaan dunia sibuk menyelamatkan bank – bank (bailout), kesan tahap kedua keatas korporat besar mula nampak. Pelanggan tidak berbelanja, barang tidak terjual, gaji tidak dapat dibayar dan hutang gagal dilunaskan kepada bank. Kita melihatnya sekarang dan saya rasa impaknya lebih besar daripada apa yang telah berlaku kepada bank – bank. Lihat pada gergasi ekonomi seperti GM, GE dan Ford.

Ini semua berlaku kerana kartel perbankan berjaya menukar shif trend dari R&D.

3. Permainan yang dipanggil"Bail-Out"

Objektif ke 3 FDR ialah korporat bailout. Jika bank, korporat atau mana – mana Negara dunia ketiga menghadapi masalah hutang yang banyak kepada kartel perbankan, FDR akan pergi ke Kongres dan menyuruh mereka menyelamatkan bank atau korporat tersebut kerana jika tidak ribuan rakyat Amerika akan hilang pekerjaan, bank yang terlalu besar jika jatuh boleh membawa kesan domino dan menjatuhkan banyak bank.
Jika kamu melihat TV dan suratkhabar , kamu akan lihat fenomena ini (bailout) di seluruh dunia.

Morgan Stanley, AIG, Freddie Mac, HBOS, Bank of Scotland antara sebahagian yang disebut. Oleh kerana Kongres tidak mahu bertanggungjawab keatas apa yang berlaku, merekamula menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamat bank dan korporat.

Kerajaan Eropah beberapa bulan dahulu berjanji menyuntik European 2.7 trillion US dollar untuk menyelamat system perbankan mereka. Amerika sudah membelanjakan 300 billion US dollar dan berjanji menyuntik 700 billion lagi pada masa terdekat. Ini tidak termasuk Russia dan lain – lain kerajaan. Ini tidak meninggalkan kesan lansung kepada saham yang merudum seluruh dunia. Apabila syarikat pengeluar seperti GM atau GE mula menghadapi masalah, kita akan lihat krisis ini akan menjadi parah.

Ini semua kerana leverage fractional banking tanpa had. Kita semua akan menjadi mangsa hiperinflasi secara besar – besaran. Ketika kerajaan menyelamatkan bank – bank dan korporat besar, kitalah akan menjadi mangsa . Tetapi tiada siapa ya membantah dan tiada revolusi pun yang berlaku. Adakah kita akan melihat sahaja ?

4. Riba sebagai kunci kepada kuasa – Asas kepada FIAT Banking

Lihat pada cth. ini dan apakah kesannya kepada kita:
Rumah 100 ribu : 30 ribu USD untuk tanah dan 70 ribu USD untuk kontraktor.
Deposit 20 ribu dan pinjamam 80 ribu dengan gadaijanji 30 tahun dengan interest 10 %.

Bank mendapat 172 ribu USD keuntungan dari interest. (2.5 kali ganda dari kos barangan dan buruh)

Kita mesti menyangka bahawa Bank tidak dapat menggunakan 80 ribu USD selama 30 tahun kerana wang tersebut telah dipakai orang. Time value money. Tetapi bukan wang ini tuan – tuan, wang ini sebenarnya tidak ada dan dicipta atas angin.

Cuba tuan – tuan darabkan dengan setiap rumah, bangunan, kilang, peribadi, pinjaman korporat , kerajaan , gudang, peralatan, kapal laut, kapal terbang, pelaburan dan kamu tak terbayang lagi bagaimana nak menghitung kekayaan mereka. Kamu akan ingat yang kaya semakin kaya, sebenarnya ini bukanlah tujuan mereka dengan wang ini. Kalau kamu memiliki semua wang yang ada, apalagiyang kamu hendak ? KUASA Mereka membeli pengaruh, membeli manusia, organisasi, kerajaan, pencetakan , media, NGO dll – namakan apa sahaja. Matlamat terakhir mereka ialah New World Order, Satu kerajaan dunia, satu mahkamah, satu pengutip cukai , dan satu matawang !

Read more...

Berakhirnya ekonomi kapitalis

Salah satu instrumen yang digunakan dalam sistem perdagangan internnational adalah menggunakan instrumen mata wang dollar AS. Setelah krisis ekonomi global terjadi setelah Perang Dunia II, melalui pertemuan Breton Woods maka terhasillah sebuah sistem mata wang dollar sebagai mata uang utama
dalam perdagangan dunia, sekaligus menjadikan World Bank, International Monetary Fund (IMF) sebagai pengendali sistem kewangan international. Perjanjian Breton Woods pada tahun 1973 kemudian dihapuskan ketika Amerika Serikat secara unillateral memutuskan bahwa Dolar Amerika tidak perlu lagi didukung oleh emas. Sejak itulah Dolar Amerika tidak bedanya dengan lembaran kertas saja.

Dengan mata wang dollar AS, Amerika Serikat memegang kekuasaan luar biasa yang sangat tidak profesional. Dengan kertas yang disebut Dolar AS, mereka boleh membeli berbagai komoditi seperti minyak, gas, aluminium, emas, dll dari negara-negara lain di dunia. Jika mereka perlu lebih banyak komoditi, mereka tinggal mencetak saja lagi. Jadi sistem semacam ini amatlah tidak adil dan tak bermoral.


Hal ini telah mengeksploitasi model perdagangan dengan sistem pembahagian kerja international. Surplus ekonomi bagi sekutu-sekutu Amerika terus terjadi, maka tercetus ketidakseimbangan perdagangan global. Negara-negara miskin tidak mampu melakukan eksport tanpa dibantu dengan import sehingga negara-negara miskin mengalami ”a vicious circle of import”.

Akibatnya negara-negara miskin memiliki kebergantungan yang begitu kuat terhadap negara-negara maju. Sistem kewangan international yang dirancang pasca Perang Dunia II dalam Breton Woods, telah melahirkan ketidakadilan di dalam neraca kewangan global. Defisit terus menimpa negara-negara miskin dan surplus kewangan terus ditarik ke negara-negara maju.

Karena dunia kini dibanjiri terlalu banyak dolar. Dalam pasaran kewangan saja, terdapat gelembung dolar AS yang berjumlah 80 triliun dolar AS pertahun. Jumlah ini 20 kali lipat ganda melebihi nilai perdagangan dunia yang jumlahnya sekitar 4 triliun dolar AS pertahun. Maksudnya, gelembung itu boleh membeli segala yang diperdagangkan sebanyak 20 kali lipat dari dimensi yang biasa. Gelembung ini tentu akan terus membesar dan membesar. Anda tidak perlu terlalu bijak untuk memahami bahwa gelembung itu suatu saat akan meletup dan pecah, dan terjadilah keruntuhan ekonomi global yang niscaya lebih buruk daripada krisis ekonomi tahun 1929.

Sebagai perbandingan, emas adalah logam yang berharga. Nilainya tidak bergantung pada negara mana pun, bahkan tidak bergantung pada sistem ekonomi mana pun. Nilainya adalah intrinsik dan dapat dipercayai. Oleh karena itu, emas adalah mata wang yang dapat menjamin kestabilan ekonomi dunia.

Sejarahnya, emas dan perak adalah mata wang dunia paling stabil yang pernah dikenal. Sejak masa awal Islam hingga hari ini, nilai mata wang Islam dwilogam itu secara mengejutkan tetap stabil dalam hubungannya dengan barang-barang pengguna. Seekor ayam pada zaman Nabi Muhammad saw. harganya satu dirham. Hari ini, 1400 tahun kemudian, harganya kurang lebih masih satu dirham. Dengan demikian, selama 1400 tahun, tiada inflasi. Dalam jangka panjang, mata wang dwilogam telah terbukti menjadi mata wang dunia paling stabil yang pernah dikenal. Mata wang tersebut telah dapat bertahan, meskipun terdapat berbagai upaya untuk mentransformasi dinar dan dirham menjadi mata wang simbolik dengan cara menetapkan suatu nilai nominal yang berbeza dengan beratnya.

Kita harus kembali kepada Sistem perekonomian bersandarkan komoditi, dimana dinar dirham hanyalah salah satu komponen penting. Ada “5 pilar sistem ekonomi bersanadarkan emas” akan menjadi solusi masa depan dunia yang tidak dapat dielakkan.


Pertama, “Money (Freely Chosen)” yaitu Mata wang harusnya bebas ditentukan oleh masyarakt penggunanya.


Kedua, “Open Markets Infrastructure” yaitu infrastuktur pasar terbuka dimana setiap orang mempunyai hak.


Ketiga, “Caravans – Open Distribution and Logistic Infrastructure” yaitu jaringan logistik dan distribusi yang terbuka bagi siapa saja.


Keempat adalah “guilds – open production infrastructure” yaitu pusat2 penhasilan produk kerakyatan harusnya mendapat perhatian dari pemerintah untuk menjadi tempat yang layak untuk menghasailkan produk sebagaimana standard global yang berlaku.


Kelima adalah “Just Contractual Legal Frameworks (Shirkat and Qirad).


Kelima infrastruktur tersebut haruslah dimiliki oleh setiap rakyat.


Sumber: Prof. Umar Ibrahim Vadillo, Pemimpin Korperasi E-dinar Dotcom, suatu electronic payment system” berdasarkan emas, yang juga menjawat sebagai Ketua WITO (World Islamic Trade Organization).

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP