Friday, March 27, 2009

Dana Al-Husna KBI

Sumber:kbi.com.my

PENGENALAN

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 1977 dan didaftarkan di bawah Akta koperasi 1933 ( No. Pendaftaran : 16/31.5.77) Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan dakwah Islamiyyah dengan hasrat antara lain untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Lanjutan daripada ilham yang tercetus tersebut, KBI menjadi institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Syariah.


DANA PELABURAN AL-HUSNA

Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam Surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama al-Husna dipilih sebagai manifestasi sumber rezeki yang baik yang dirurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula. Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham di bawah ESOS (Employees’ Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia . Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT ASAS PELABURAN


Beragama Islam.
Menjadi Anggota KBI dengan bayaran pendaftaran RM100.00.
Bersetuju dengan tempoh matang pelaburan paling kurang 3 bulan
Bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh KBI.


JUMLAH PELABURAN

Jumlah minimum pelaburan ialah sebanyak RM5,000.00


PERKONGSIAN KEUNTUNGAN

Setiap pelaburan yang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan di antara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-

PELABUR : KBI
70% : 30%



KEISTIMEWAAN MELABUR DALAM DANA PELABURAN AL-HUSNA


Berisiko rendah
Berupaya menjangka margin keuntungan
Kadar perkongsian keuntungan kepada pelabur tinggi (70%)
Tempoh matang yang singkat iaitu 3 bulan
Pengagihan keuntungan 2 kali setahun
Jangkaan pulangan pelaburan melebihi 15% setahun

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP