Friday, March 27, 2009

Legasi jutawan Ngah Ibrahim

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



Orang Melayu pertama membuka perusahaan bijih timah memiliki pendapatan lebih tinggi dari Sultan Perak

JIKA tidak kerana peristiwa pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch, mungkin Ngah Ibrahim meninggalkan legasi sebagai jutawan bijih timah terulung di Perak.



Apa tidaknya, ketika zaman kegemilangannya, anak kepada Long Jaafar iaitu orang Melayu pertama yang membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840 itu dikatakan memiliki pendapatan yang lebih tinggi dari Sultan Perak.

Kekayaannya melimpah ruah sehingga dikatakan memiliki empat kapal dengan dua daripadanya dinamakan Bahtera Bayu dan Indera Bayu yang prestasinya lebih hebat daripada Kapal Pluto yang menjadi lokasi Perjanjian Pangkor pada 1874 manakala dua lagi adalah kapal wap.

Jutawan Melayu yang dikurniakan jawatan Menteri Larut oleh Sultan turut membina Kota Ngah Ibrahim di Matang pada 1854. Terletak berhampiran dengan anak sungai, ia memiliki kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan stor menyimpan bijih timah.

Pembantu Muzium di Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Sazali Sabu, berkata keseluruhan bangunan asal masih dikekalkan bagi memulihara kesan sejarah kota yang pernah beberapa kali bertukar tangan selari dengan penjajahan kuasa asing.

"Tembok batu sepanjang 131 meter (m) yang mengelilingi kota ini masih kukuh walaupun sebahagian kecil berhampiran pintu utama sudah musnah akibat rempuhan pesawat Jepun ketika Perang Dunia 11.

"Sengaja ia tidak dibina semula bagi memperingati sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu," katanya ketika menyambut kedatangan peserta program sahabat Zoom! Malaysia Taiping dan Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Siri kedua program anjuran majalah pelancongan Libur dan Tourism Malaysia bertujuan mempromosikan destinasi menarik sekali gus meningkatkan pelancongan dalam negara.

Kota berusia 150 tahun itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dan mempunyai menara kawalan di bahagian utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun.

Selain itu, penerokaan ahli arkeologi turut menemui perigi lama yang dikatakan menjadi sumber air bagi penghuni kota ini. Menariknya, susunan bata perigi diletakkan dengan tiga corak melintang, menegak, seakan tulang belut.

Ahmad Sazali berkata, pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks ini pasti teruja dengan bahan pameran yang menceritakan sejarah perlombongan bijih timah di Larut, yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.

"Bahan pameran disusun mengikut kronologi dari replika gajah yang diliputi bijih timah, kepada Perang Larut sehingga penentangan pejuang Melayu terhadap Inggeris. Ada juga ruang khas memaparkan penjara dan mahkamah penjajah," katanya.

Selain itu menurutnya, pelancong boleh melihat kediaman Kapten Speedy, warga Inggeris yang menerima gaji puluhan ribu pound sebulan dari Ngah Ibrahim bagi mengekalkan keamanan Larut yang terletak berhampiran kota ini.

INFO

>Kota Ngah Ibrahim pernah menempatkan institut perguruan pertama sebelum pembinaan Maktab Perguruan Tanjung Malim, menjadi sekolah kebangsaan, markas tentera Jepun sehingga diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang.

>Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan Birch. Mereka kemudian dihukum gantung di depan kota ini pada 21 Januari 1877.

UNTUK KE SINI

Gunakan Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara dan ambil susur keluar di Changkat Jering, seterusnya menghala ke Simpang sebelum memasuki Matang. Ia juga terletak 8 kilometer dari Taiping. Hubungi 05-8477970 atau layari laman web Tourism Perak, www.peraktourism.com.

Read more...

Surau dalam Gua Batu Madu

Oleh Ramli Ibrahim
rencana@hmetro.com.my



BAGI orang luar, banjaran gua batu kapur, dekat Kampung Batu Papan, berhampiran bandar Gua Musang, Kelantan lebih dikenali Gua Batu Madu.

Ada yang mendapat rahmat dengan mengambil madu lebah dari sarang hidupan itu yang mudah ditemui di sebalik gua berkenaan.


Kini, gua berkenaan kian mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan keluarga kerana keindahan flora dan faunanya. Tambah menarik apabila anda dapat mendengar kicauan burung yang terbang bebas ketika mendaki gua berkenaan.

Mereka yang gemarkan aktiviti lasak boleh mencuba melalui denai di celah batu gua untuk sampai ke puncak.

Tiada yang lebih mendamaikan apabila dapat melihat pemandangan perkampungan berhampiran dari puncak gua berkenaan.

Bagi yang belum pernah sampai ke gua mungkin agak terkejut dengan suasana di dalamnya.

Selain laluan yang selamat, ada surau disediakan untuk kemudahan pengunjung yang mahu bersolat. Luasnya juga membolehkan solat berjemaah diadakan.

Wuduk boleh diambil dari kolam tadahan yang mengumpulkan titisan air dari atas siling gua.

Air dalam kolam yang dikatakan tidak pernah kering itu sangat sejuk sehingga adakalanya mencengkam sehingga ke tulang hitam.

Mereka yang suka memancing atau ingin bermandi-manda boleh berbuat demikian di Sungai Galas yang terletak di tepi gua itu.

Keadaan airnya yang bersih dan batu besar juga menjadikannya sesuai untuk kawasan berehat.

Suasana yang paling sibuk dapat dilihat terutama pada musim lebah bersarang pada Julai untuk melihat hampir keseluruhan di tepi gua batu dipenuhi dengan serangga itu. Kesempatan ini diambil oleh penduduk kampung untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan mengambil madu lebah.

Baru empat dimajukan sebagai pusat pelancongan di Hulu Kelantan, gua itu kian menarik perhatian apabila menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan mereka yang datang dari luar negeri itu yang datang menerusi jambatan gantung merentasi Sungai Galas.



>Info

# Peranan utama bagi menjaga kebersihan dan keindahan Gua Batu Madu dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gua Musang sempena kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 lalu.

# Jarak gua itu dengan bandar Gua Musang juga hanya terletak kira-kira 10 kilometer dan dihubungkan melalui jalan raya di Kampung Batu Papan atau Kampung Simpang Pulai.

Read more...

Dana Al-Husna KBI

Sumber:kbi.com.my

PENGENALAN

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 1977 dan didaftarkan di bawah Akta koperasi 1933 ( No. Pendaftaran : 16/31.5.77) Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan dakwah Islamiyyah dengan hasrat antara lain untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Lanjutan daripada ilham yang tercetus tersebut, KBI menjadi institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Syariah.


DANA PELABURAN AL-HUSNA

Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam Surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama al-Husna dipilih sebagai manifestasi sumber rezeki yang baik yang dirurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula. Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham di bawah ESOS (Employees’ Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia . Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT ASAS PELABURAN


Beragama Islam.
Menjadi Anggota KBI dengan bayaran pendaftaran RM100.00.
Bersetuju dengan tempoh matang pelaburan paling kurang 3 bulan
Bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh KBI.


JUMLAH PELABURAN

Jumlah minimum pelaburan ialah sebanyak RM5,000.00


PERKONGSIAN KEUNTUNGAN

Setiap pelaburan yang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan di antara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-

PELABUR : KBI
70% : 30%



KEISTIMEWAAN MELABUR DALAM DANA PELABURAN AL-HUSNA


Berisiko rendah
Berupaya menjangka margin keuntungan
Kadar perkongsian keuntungan kepada pelabur tinggi (70%)
Tempoh matang yang singkat iaitu 3 bulan
Pengagihan keuntungan 2 kali setahun
Jangkaan pulangan pelaburan melebihi 15% setahun

Read more...

Thursday, March 26, 2009

Pelik tapi benar



Sumber:Mountdweller.blogspot.com
Di bawah ini ada salah satu n3 dari Tranungkite Online
Oleh lutfi

1. Bukak Microsoft Word.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..
Q33 NY ni adalah number pesawat yang
melanggar WtC tu..

3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Highlightkan Q33 NY tu. Tukar kepada font WINGDINGS.



Read more...

Monday, March 16, 2009

Murabi atau Selebriti

sumber:http://genta-rasa.com/2009/01/28/murabi-atau-selebriti/

Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…

KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!

Leaders are learners - pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin - when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri. Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long - orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.
“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari.
Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?”
Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang).

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.
“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”
“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long.
“Insya-Allah,” jawab saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”
Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”
“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”
“Kenapa Pak Long?”
“Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”
“Kenapa Pak Long?”
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.”
“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”
“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.”
“Kalau tidak?”
“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.”
“Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long.
“Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu.
“Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”
Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?”
“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”
“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?”
“Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.
“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “
“Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.”
“Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)

Dikirim dalam Zikir & Fikir | Label: dakwah, selebriti, taqwa, tarbiah

Read more...

Saturday, March 14, 2009

Point-Point Bayan Ijtima’ Tongi

Sumber:imanyakin.wordpress.com
Point - Point Pesan Masyaikh di Ijtima’ Tonggi
29/01 s/d 01/02 2009

1. Maulana Syamim

Amalan haji adalah ijtima umat islam terbesar dan kewajiban hanya sekali saja. Jika berhaji dengan betul, akan jadi wali Allah. Jika niat berhaji tak betul, haji tanpa kesan, akan dilempar balik
seperti kain kotor yang dilemparkan. Begitupun ijtima, jika datang dengan niat baik, maka satu ijtima cukup membuat cinta kepada Allah SWT. Satu ijtima yang betul cukup bagi Allah SWT untuk membuat keputusan memberi hidayah untuk seluruh alam.
Ijitima bukan untuk menghimpun manusia sebanyak-banyaknya, tapi untuk mengumpulkan dua usaha, sebelum ijtima (ruh ijtima), setelah ijtima (perhiasan ijtima).

Usaha sebelum ijtima adalah menjumpai setiap orang islam agar hatinya berpaling dari selain Allah kepada Allah SWT sehingga ada kemanisan untuk ta’at. Dikarenakan adanya pengorbanan orang-orang sebelum ijtima, maka yang hadir di ijtima mendapat hidayah, dan hidayah juga akan tersebar ke seluruh alam. Usaha dalam ijtima adalah agar setiap orang terlibat dalam amal ijtimai dan infirodi. Semakin terjaga amalan, maka semakin cepat turunnya hidayah. Hidayah ada 2 tahap : untuk diri sendiri dan asbab hidayah untuk orang lain. Untuk menjadi asbab hidayah maka niatkan untuk bergaul dengan semua orang dari semua negara, kita merasa sebagai satu umat, hilangkan ashabiyah. Ashabiyah ini sangat dibenci Allah dan menyebabkan tertolaknya amal seseorang.

Untuk menghilangkan ashobiyah : Allah SWT perintahkan ibadah haji, shalat dan shaum. Dalam haji diperintahkan untuk menyebarkan salam (untuk menghilangkan sifat sombong, merasa sebagai penanggung jawab. Sehingga Nabi SAW selalu mendahului dalam memberi salam, tidak pernah didahului oleh sahabat), bersikap lemah lembut, dan suka memberi makanan (jangan menunggu untuk diikrom, tapi beri ikrom untuk satukan hati).

Di negara-negara anda akan diadakan ijtima dan jika anda bersungguh-sungguh usaha atas ijtima ini, maka ijtima anda akan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam. Tanggal ijtima bukan awal ijtima, tapi itu tanggal berakhirnya ijtima. Ijtima bermula sejak tanggal ijtima ditetapkan.

2. Maulana Ihsan

Allah SWT beri agama dan usaha atas agama, untuk menghindarkan manusia dari tersiksa selama-lamanya di dalam neraka.
Nabi Muhammad SAW dilebihkan dari nabi-nabi terdahulu, hal ini telah tercantum dalam kitab-kitab terdahulu. Wajah Nabi SAW itu lebih terang daripada bulan purnama. Umat Muhammad SAW juga dilebihkan dari umat-umat terdahulu, karena umat ini diberi 2 keistimewaan, yaitu untuk ibadah dan untuk mengambil kerja Nabi. Umur nabi-nabi terdahulu panjang akan tetapi usahanya lokal dan berjangka. Umur Nabi Muhammad SAW pendek, tapi usahanya kekal sampai kiamat, dikarenakan umatnya dilibatkan. Hari pertama kenabian, Muhammad SAW langsung melibatkan orang tua, wanita dan anak-anak/pemuda.

Para sahabat telah memahami akan tanggung jawab ini, dan mereka menggunakan 100% hidup mereka untuk agama. Tapi hari ini kita habis-habisan untuk perkara dunia, sehingga kita menjadi budak orang kafir. Maka kita perlu istighfar dan taubat sebanyak-banyaknya, karena seseorang yang beristighfar dan bertaubat dengan ikhlas, seolah-olah tak berbuat dosa dan kita juga mengajak orang lain juga untuk taubat. Saat kita ajak orang lain, kita perlu bersabar, seperti lautan yang selalu menerima segala sesuatu dan mencucinya menjadi bersih.

3. Maulana Ahmad Lat

Hamba yang paling dicintai Allah SWT adalah hamba yang paling cinta kepada keluarga-Nya, yaitu seluruh makhluk-Nya. Manusia akan merasakan rugi jika tidak ada iman. Harta dan diri hendaknya senantiasa dipakai untuk usaha iman. Ashabul kahfi pergi keluar rumah untuk selamatkan iman, maka Allah telah bantu, bentangkan rahmat walau di tempat sempit (gua) tidak diberi makan, tapi dibebaskan dari sifat lapar. Bahkan anjing mereka (yang hanya nusroh mereka) pun dimuliakan. Seharusnya hewan tidak masuk surga, tapi nanti anjing ini akan dimasukkan surga, dan dirubah menjadi manusia.

Apalagi jika kepergian seseorang keluar rumah untuk fisabilillah, tidak hanya untuk selamatkan iman dirinya sendiri, tapi untuk memperjuangkan dan menyebarkan iman kepada seluruh manusia, maka anjing yang hanya nusroh saja kepada jamaah akan diberi rahmat, dihilangkan sifat hewani dari dirinya. Bayangkan apa yang diberikan kepada orang yang khuruj itu sendiri.

4. Maulana Ismail

Dalam keletihan dan pengorbanan amal, ada pahala dan ketenangan dari Allah SWT. Puasa menyebabkan lapar, berhaji menyebabkan letih, tapi mereka diberi ketenangan oleh Allah SWT. Nampak zahir mereka sengsara, tapi hakekatnya mereka kuat dan sehat di mata Allah SWT.
Akan tetapi, tanpa da’wah, pertolongan Allah tidak datang. Semua kesusahan dalam ibadah tidak mendatangkan pertolongan Allah SWT, walaupun dengan berdo’a dan istighotsah, jika tidak ada da’wah maka pertolongan Alloh SWT tidak akan datang.

Untuk taat kepada Allah SWT, zahirnya ada kesusahan dan keletihan, tapi hakekatnya Allah SWT memberi ketenangan. Seperti orang makan sambal, zahirnya kepedasan, keringatan, kepanasan, tapi yang makan mau nambah lagi. Begitu juga ahli dunia melihat ahli da’wah sengsara dalam usaha agama, tapi mereka sendiri senantiasa bersyukur, Allah SWT beri ketenangan dalam kehidupannya.

5. Maulana Saad

Jika umat jalankan da’wah secara ijtimai, maka agama akan wujud dalam kehidupan umat ini. Jika tidak, umat Islam akan jadi mad’u, objek da’wah, ikut kesana kemari, waktu dan harta akan dipergunakan untuk yang sia-sia. Jika umat terlibat dalam usaha da’wah, maka harta dan waktu akan terpelihara dan akan digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat.

Da’i tidak akan terkesan dengan keadaan. Abdullah bin Quhafah dida’wahi untuk meninggalkan Islam, dirayu dengan kerajaan, ditakuti dengan kematian, tidak terkesan. Sehingga fardlu a’in bagi setiap umat untuk berda’wah. Jika dipikirkan kalau da’wah itu hukumnya hanya fardu kifayah, maka orang yang tidak berda’wah akan dida’wahi oleh orang lain/ hal-hal lain. Pindahnya agama seseorang itu dimulai jika da’wah ditinggalkan.

Da’wah adalah penyelesain masalah infirodi dan ijtimai. Allah SWT telah berfirman, “Siapa yang lebih baik perkataanya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh”. Disini diterangkan bahwa agama terbaik hanya terwujud dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan, tapi penjelasan dan penegasan bahwa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik.

Da’wah menimbulkan isti’dat/kesiapan untuk berbuat baik, seperti membajak sawah agar siap untuk ditanami. Da’wah juga membuat istiqomah bagi yang telah beramal. Harus difahami, bahwa da’wah adalah fardu a’in. Jika da’wah itu fardhu kifayah, maka artinya niat da’wah itu untuk memperbaiki orang lain. Karena amalan fardu kifayah selalu untuk orang lain, seperti sholat jenazah untuk orang lain. Tapi sholat wajib itu untuk diri sendiri, sehingga hukumnya fardu a’in. Demikian pula wajibnya da’wah adalah untuk menyelamatkan iman dalam diri sendiri, sehingga hukumnya fardu a’in, Maka bermujahadah dalam da’wah adalah untuk manfaat diri sendiri (waman jaahada fainnamaa yujaahidu linafsih). Jika da’wah bertujuan untuk orang lain, maka dalam berda’wah akan mencari cara-cara lain, seperti pakai Hand Phone, pakai internet, dsb, hal ini tidak bermujahadah.

Da’wah dibuat agar hanya terkesan kepada Allah SWT. Jika telah bisa menafikkan semuanya dan terkesan hanya kepada Allah SWT, maka akan dapat pertolongan langsung dari Allah SWT. Caranya:

a) Buat zikir dan da’wah sebanyak-banyaknya. Buat halakah iman
b) Banyak bercerita tentang nabi-nabi untuk menguatkan iman kaum ini.
c) Banyak cerita tentang nusrotullah dalam perjuangan agama para sahabat untuk memberi semangat umat ini
d) Banyak baca ayat dan hadits tentang ciri-ciri orang yang beriman.

Nusrotullah akan datang dengan sabar dan taqwa (waintashbiruu watattaquu, laa yadurrukum kaiduhum syai’aa). Sabar saja tanpa taqwa, tidak akan turun pertolongan Alloh SWT. Sabar tanpa taqwa seperti sabarnya pencuri yang tertangkap dan dipukuli oleh polisi.
Kita juga harus membawa yakin pada Alloh SWT dalam bermuamalah. Mengenai asbab kebendaan, ada dua hal:

a) Masukkan hukum / perintah Alloh SWT dalam asbab kebendaan.
b) Utamakan amal daripada asbab. Kejayaan ada pada perintah Alloh SWT, bukan pada asbab.

Arahan Para Masyaikh Nizamuddin
Tentang Persiapan Ijtima Indonesia

Sudah sejak lama, sejak 13 tahun lalu (1996) ada ijtima di Indonesia yang dihadiri oleh para masyaikh. Jadi penting kita bersiap-siap. Persiapan pertama yang harus dilakukan adalah niat dan azam yang kuat. Apa yang diniatkan, maka begitulah pertolongan Alloh SWT akan datang. Jangan niat hanya agar banyak orang yang berkumpul, maksud kita tidak hanya untuk kumpul-kumpul.

Ada 4 langkah yang perlu kita kerjakan dalam mempersiapkan ijtima:

1.Setiap orang berusaha untuk menyempurnakan agama dalam hidupnya. Hari ini Islam hanya ada dalam buku-buku, tidak ada dalam contoh kehidupan. Maka kita usahakan mulai dari diri kita dan rumah kita untuk hidupkan agama dan amal sunnah secara sempurna, sebagai contoh. Untuk amalkan ini, perlu keluar 3 hari masturat tiap 3 bulan, menjaga semangat agama bagi isteri kita.

2.Kemudian, hidupkan mesjid dengan 5 amal. Datangi tiap rumah di kampung kita, bukan untuk i’lan ijtima, itu mudah, tapi untuk taskil mereka keluar di jalan Alloh. Bicara da’wah secara sempurna dengan semua laki-laki di tiap rumah tersebut, sehingga mereka siap untuk hidupkan agama secara sempurna di rumah-rumah mereka juga. Maulana Umar sampaikan, ada 3 jenis kerja di mahalah:

a). Kepada da’i yang aktif, agar mereka tambah pengorbanan
b). Kepada da’i yang kurang aktif, agar kembali terlibat dalam da’wah
c). Kepada orang awam, agar mereka terlibat dalam amal mesjid, apa yg mereka mampu.

3.Kemudian usaha ke masjid lain yang belum ada amal masjid. Juga kampung-kampung lain, walaupun tidak ada masjid. Rombongan bisa berteduh di bawah pohon, atau dimanapun, di Indonesia tidak ada musim panas dan dingin, tidak perlu bergantung pada bangunan masjid. Pernah rombongan menginap di stasiun bis. Siapkan mereka untuk bangun masjid juga, dengan kayu-kayu atau bambu-bambu yang ada di kampung tersebut. Jadi siapkan mereka untuk terima rombongan-rombongan da’wah.
Apabila amal masjid hidup di kampung tersebut, maka mereka juga akan usaha atas rumah-rumah di seluruh kampung tersebut, sehingga tiap rumah juga akan amal agama secara sempurna, dan semua pahala akan mengalir pada kita.

4.Dengan cara yg sama, kirim juga jamaah ke seluruh Indonesia, dan seluruh dunia.
Jadi dengan demikian kita tidak hanya i’lan tentang ijtima dan usaha terus untuk mengeluarkan rombongan itu tidak perlu menunggu ijtima. Tapi usaha atas ijtima bermula ketika tanggal ijtima telah ditetapkan, dan dibuat usaha mengirimkan jamaah sejak saat itu juga.

Kemudian, mengenai safari masyaikh dalam ijtima di Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia, tidak diperkenankan ada yang ikut berkeliling, baik karkun lama, baru, sendiri ataupun berjamaah. Yang ikut berkeliling hanya yang diputuskan dengan musyawarah. Jika ingin mendapat manfaat dari syuhbah dengan masyaikh, caranya dengan pergi ke Nizamuddin, atau Raiwind, atau Kakrail. Tertib dalam usaha ini, yang ingin berkorban, maka ia kerja atas kaumnya, lalu bawa mereka sebanyak-banyaknya keluar di jalan Alloh. Sebagaimana di jaman Nabi, ada yg masuk Islam, maka dia tidak terus-menerus bersama Nabi, cukup beberapa saat saja. Tapi dia segera pulang dan membawa 80 keluarga dari kaumnya untuk masuk Islam bersama-sama.

Read more...

Silsilah Keturunan Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawy Rah A

Sumber:imanyakin.wordpress.com

Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jumada I, 1335 H, sesuai dengan 20 Maret 1917 di Kandahla di India. Keluarganya terkenal dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.

Ayahnya, Syaikh Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi (wafat 1943), memainkan peranan penting dalam gerakan pemurnian yang dipimpin oleh dua ulama, Ahmad bin Muhammad Irfan dan Muhammad Ismail, dan keduanya wafat sebagai syuhada. Gerakan pemurnian yang bertujuan untuk menghapus semua penyimpangan dari kepercayaan rakyat dan kembali kepada agama Islam yang murni. Beberapa ulama dalam keluarganya belajar di bawah Syaikh Abd al-Aziz bin Ahmad bin Abd al-Rahim Al-Dahlawi, seorang ulama yang sangat terkemuka dalam ilmu Hadits. Sesungguhnya keluarga beliau menghasilkan barisan panjang ulama-ulama terkenal dalam ilmu Hadis, Fiqh, dan ilmu Islam lainnya.

Silsilah keturunan dari Garis Ayah:

Maulana Muhammad Yusuf anak dari Maulana Muhammad Ilyas anak dari Maulana Muhammad Ismail anak dari Syaikh Ghulam Hussein anak dari Hakim Karim Baksh anak dari Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari Maulana Muhammad Sajid anak dari Maulana Muhammad Faiz anak dari Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari Syaikh Nur Muhammad anak dari Syaikh Bahauddin Syah anak dari Maulana Syaikh Muhammad anak dari Syaikh Muhammad Fadhil anak dari Syaikh Qutb Syah.

Silsilah keturunan dari Garis Ibu:

Ibunya anak dari Maulvi Rauful Hasan anak dari Maulana Zia-ul-Hasan anak dari Maulana Nurul Hasan anak dari Maulana Abul Hasan anak dari Mufti Ilahi Baksh anak dari Maulana Syaikhul Islam anak dari Hakim Qutbuddin anak dari Hakim Abdul Qadir anak dari Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari Syaikh Nur Muhammad anak dari Syaikh Bahauddin Syah anak dari Maulana Syaikh Muhammad anak dari Syaikh Muhammad Fadhil anak dari Syaikh Qutb Syah.

Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kereligiusan, keilmuan dan kesalehan.

Read more...

Friday, March 6, 2009

Kisah dR.Sam

Sumber:Utusan Malaysia 2 Mac 09
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

SETELAH 18 tahun menyepikan diri dari dunia seni, lelaki ini yang dahulunya cukup dekat di hati kanak-kanak dengan lagu patriotiknya muncul dengan penampilannya yang amat berbeza hari ini.

Jika dulu dia sering tampil dengan rasta pelbagai warna ala-ala Bob Marley, tetapi kini lelaki berusia setengah abad itu lebih selesa berkopiah dengan janggut panjang melepasi dagu sambil mengunyah sireh tanpa henti.

Selain mengunjungi masjid di hadapan rumahnya setiap waktu solat, sesekali dia singgah di restoran yang terletak di bawah rumah kedainya sambil menikmati teh 'o' kegemarannya.

Sendirian di situ tanpa sesiapa menemaninya, dia ralit dengan gajet yang di letak di meja tanpa siapa tahu apakah yang berjaya mencuri hatinya tanpa mempedulikan orang di sekeliling yang memerhati.

Bagi generasi hari ini sudah pasti tidak tahu siapakah lelaki tua ini.

Namun, bagi kanak-kanak yang pernah membesar dengan lagu ciptaannya itu, kelibat lelaki ini sudah pasti dikenali mereka.

Siapa tidak kenal tuan punya suara kepada lagu Saya Anak Malaysia.

Malah ketika zaman kegemilangannya, dialah satu-satunya 'doktor' yang kerja asalnya menyanyi di jalanan sekitar Damansara dan Petaling Jaya.

Semua itu sebelum 'doktor' ini mempunyai album sendiri.

Bagaimanapun, setelah mempunyai lima album edaran Polygram iaitu Abu Nawas (1983), Sayang OK (1985), Saya Anak Malaysia (1986) Semarak Merdeka (1988) dan Sinar Harapan (1990), hidupnya berubah.

Itulah dR. Sam atau nama sebenarnya Salim Ibrahim, 55, yang suatu waktu dulu begitu sinonim dengan kanak-kanak kerana lagu Saya Anak Malaysia.

Tetapi itu cerita 22 tahun dulu, cerita ketika dR. Sam sedang ligat di pentas hiburan.

Kini dR. Sam yang lebih suka mendengar digital al-Quran itu ketika santai di restoran menikmati teh 'o', selesa menjalani hidup sebagai 'orang biasa'.

Dengan jadual hidupnya berulang ke masjid, aktif bersama kumpulan tabligh ke seluruh Malaysia dan menjual digital al-Quran, rehal dan telekung, sudah cukup membahagiakannya menjalani hari-hari tuanya di samping keluarga tercinta.

Walaupun pendapatannya mungkin tidak semewah penyanyi popular hari ini, tetapi dR. Sam lebih senang begitu kerana baginya dia sudah menemui makna hidup sebenarnya!

"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.

"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?

"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.

"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini," cerita dR Sam ketika ditemui di rumahnya di Bukit Indah, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Walaupun sebelum Saya Anak Malaysia, dR. Sam telah muncul dengan dua album tetapi dia berjaya mencipta fenomenanya sendiri.

Ke mana sahaja show yang melibatkan kanak-kanak, lagu itu bagaikan menjadi lagu wajib yang pasti didendangkan dR. Sam.

Siapa sangka kerana lagu itulah, dR. Sam diundang membuat persembahan di Sri Perdana pada akhir 1988 anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) untuk menghiburkan anak-anak yatim.

"Sehingga hari ini saya tidak akan lupa selepas persembahan, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad datang bersalam dengan saya sambil mengucapkan 'terima kasih doktor kerana buat persembahan di rumah saya.'

"Bayangkan, seorang Perdana Menteri mengenali dan memanggil saya 'doktor' dan ia sememangnya suatu penghargaan buat saya sebagai penyanyi.

"Bukan itu sahaja, malah ketika Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya juga diundang menyanyi di Istana Negara pada tahun 1989 untuk menghiburkan anak-anak yatim di majlis jamuan hari raya.

"Pengalaman itu sudah cukup bermakna dan seribu rahmat Allah kepada saya. Sebab itu setelah kembali dari menunaikan haji, saya terus meletakkan tanda noktah pada dunia seni saya.

"Hati saya memang sudah tertutup untuk itu semua. Tapi segala kenangan ketika menjadi penyanyi tetap tersimpan dalam hati saya.

"Siapa boleh lupa pengalaman suka duka dan jika anda pernah tonton filem Kembara Seniman Jalanan, ia mengambil serba sedikit perjalanan hidup saya," kata dR. Sam yang melakonkan watak penerbit syarikat Rekod Halal dalam filem itu.

Biarpun berulang kali dia memberi sebab penghijrahannya mengikut tabligh merupakan titik perubahan perjalanan hidupnya, namun setelah sejam berbual bersamanya, nyatalah ada sebab lain yang membuatkan dR. Sam menjauhkan diri dari dunia seni sebelum menunaikan haji.

Sama ada sedar atau tidak, memanglah itu realiti dan mentaliti orang-orang Malaysia terutama dalam bidang penyiaran yang hanya menghargai dan memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi muda dan cantik sahaja!

"Sebelum saya ke Mekah pun, sebenarnya sudah kurang undangan menyanyi bukan sahaja show tapi pihak TV pun tidak berminat. Jadi memikirkan itu semua, sekembalinya dari Mekah saya terus melupakan bidang nyanyian.

"Saya tidak menyesal dengan semua itu sebab memang begitulah lumrah hidup, bagaikan roda ada masa di atas dan tiba waktunya ke bawah pula.

"Tetapi saya tidak takut jika peminat ataupun orang-orang TV tidak kenal atau tidak sukakan saya, tapi saya takut jika Allah membenci saya.

"Sebab itulah saya pilih jalan ini. Bertabligh tiga empat hari luar dari Kuala Lumpur mengajar kita erti kesabaran dan menguji keteguhan iman kita.

"Lagipun sejak dulu hidup saya tidak pernah diselubungi kemewahan. Saya sudah biasa hidup begini kerana di zaman popular pun saya seperti penyanyi lain hanya diundang menyanyi di fun fare saja," kata dR. Sam tanpa berselindung.

Kembara seni dR. Sam bermula seawal tahun 1973 ketika menuntut A-Level di Waltam Forest Technical College, England.

Setelah dua tahun menamatkan pengajiannya, dR. Sam yang sepatutnya meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan, merantau sendirian sehingga ke Jerman.

Di negara itulah bermula hidupnya sebagai penyanyi jalanan.

"Ayah hantar ke luar negara suruh belajar tapi minat saya berubah. Bayangkan masa itu masih muda dan selalunya saya menyanyi pada musim sejuk dan dalam sehari saya boleh dapat RM100!

"Itu sudah cukup melupakan terus pada tujuan asal saya ke sana. Saya tak minat lagi nak belajar, tapi bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

"Setelah lima tahun merantau, akhirnya saya balik ke Malaysia. Sekembalinya saya dari Eropah pada tahun 1978, saya bersama dua orang kawan tubuhkan kumpulan Kutu's Nest yang menyanyi di jalanan sekitar Damansara dan Petaling Jaya.

"Tanpa saya sedar, ketika saya menyanyi ada seorang peminat setia saya sering mengambil gambar walau di mana saya menyanyi.

"Hari demi hari, dia bukan sahaja menjadi jurugambar tidak bergaji saya tapi tanpa disedari dia juga menjadi cinta pertama saya dan akhirnya menjadi suri hati saya," kata dR. Sam mengimbas permulaan kehidupan berumah tangga.

Menurut dR. Sam, lantaran sering bertemu, dia dan isterinya, Fauziah Mohd. Yunos mula menyedari mereka saling tertawan antara satu sama lain.

Setelah cinta berbunga di hati, dR. Sam dan Fauziah tidak menunggu lama. Mereka dinikahkan pada tahun 1981.

Kini selepas 28 tahun melayari bahtera rumah tangga, kehidupan pasangan itu bahagia dengan kehadiran zuriat-zuriat yang indah iaitu, Siti Nabila, 20, dan Mohd. Razali, 19.

Pada pertemuan dengan Hits baru-baru ini, isteri dan anak-anak beliau bagaimanapun tidak bersedia untuk wajah mereka dirakamkan.

Kata mereka, biarlah dR. Sam saja yang popular di media.

Pada pertemuan itu, dR. Sam turut mendedahkan cerita bagaimana dia mendapat idea mengkomersialkan nama dR. Sam.

Sambil mengunyah sireh dR. Sam bercerita: "Saya sedar untuk popular kita mesti punya sesuatu yang pasti menggempakkan orang ramai, jadi saya terfikir meletakkan gelaran 'Dr. @ doktor' di depan nama kami - Dr. Sam, Dr. Ros dan Dr. Nirwana.

"Masa itu, apabila orang ramai lalu dan melihat 'doktor' menyanyi ia menjadi sesuatu yang luar biasa tapi saya tidak rasa bersalah kerana kami bukannya buka klinik cuma mengubat jiwa pendengar dengan lagu-lagu kami.

"Dalam ramai orang yang melihat 'doktor-doktor' menyanyi rupa-rupanya seorang bernama Ali Bakar juga meminati suara kami.

"Setelah sekian lama mengikuti persembahan kami akhirnya kami dipelawa menjadi artis rakaman," cerita dR. Sam lagi.

Memang ramai yang ingin tahu dan tertanya-tanya apakah makna dR. di depan namanya kerana seperti yang dinyatakan dR. Sam, di awal kemunculannya dR. Sam tidak membawa apa-apa makna selain glamor!

Tetapi pada tahun 2000, ketika bertafakur di masjid dia dikunjungi seorang teman yang memberi makna kepada namanya itu.

"dR. bermaksud dua rakaat, Sam pula Selesai All Masalah. Cubalah amalkan jika kita menghadapi masalah atau kesusahan, pergilah berwuduk, insya-Allah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat fikiran dan jiwa kita akan tenang," kata dR. Sam .

Berbalik kepada dunia seni, dR. Sam mengakui, sekembalinya daripada menunaikan haji jiwanya memang tertutup habis pada dunia seni.

Apalagi sekitar 1990, bidang seni tidak menjanjikan apa-apa kepada penyanyi sepertinya.

Setelah diasak beberapa kali, apakah kemungkinan dia akan kembali menyanyi, dR. Sam tetap dengan pendiriannya enggan berpatah balik.

"Cukuplah setakat itu. Sekali saya meletak noktah pada dunia seni, saya tidak akan padamkannya lagi.

"Biarlah saya dengan kehidupan hari ini. Alhamdulillah pendapatan menjual digital al-Quran, rehal dan telekung memberi peluang kami bernafas walaupun tidak semewah orang lain tapi syukur yang amat sangat.

"Jika dulu saya mengajak peminat saya melihat show, tapi sekarang datanglah temui saya setiap Sabtu malam Ahad di Masjid Sri Petaling. Dan bagi mereka yang mahu memiliki Quran digital bolehlah hubungi di 016-625 4267 atau layari www.enmac-quran.com." kata dR. Sam mengakhiri perbualan kami selama dua jam itu.

Lirik

Saya Anak Malaysia

1953

Bulan 5 aku dilahirkan

Di sebuah negeri yang diberi nama

Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan

Di negeri Kelantan

Aku belajar di sekolah orang putih

Dekat dengan Pasir Puteh

Saya Anak Malaysia (4x)

Selepas sekolah aku merayau

Negeri mat salih aku merantau

Tempat orang indah sekali

Tapi Malaysia dekat di hati

Saya Anak Malaysia (4x)

Sampai masa aku pun balik

Tapi makweku nampak pelik

Dia kata nak jadi apa

Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Saya Anak Malaysia (4x)

Lemah lembut sopan santun

Sudah menjadi darah dagingku

Walaupun aku nampak kutu

Aku hormat orang tuaku

Saya Anak Malaysia (4x)

Read more...

Thursday, March 5, 2009

Nilai Emas





Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP