Kemboja: Kahwin & Harga Lelaki
Sumber:www.ibnuhasyim.com/2007/11/kemboja-kahwin-harga-lelaki.html
Ibnu Hasyim CATATAN PERJALANAN:
PUNCAK Hotel, adalah sebuah hotel sederhana yang khabarnya adalah antara beberapa buah hotel milik orang Malaysia di Phnom Penh Combodia। Combodia (Cambodge), mengikut lidah Orang Melayu disebut Kemboja. Hotel ini mungkin dimiliki oleh orang Islam, yang faham dan beramal dengan keindahan agama Islam.
Sebab dikatakan begitu, kerana keadaannya bersih dan menyediakan makanan halal। Bahkan yang lebih penting lagi ialah bersih dari kekotoran maksiat. Tidak ada pelacuran dan perjudian seperti di beberapa hotel mega di tepian Sungai Mekong yang juga antaranya milik syarikat-syarikat Malaysia. Bukan juga seperti hotel-hotel sederhana lain, yang sentiasa diganggu oleh perempuan-perempuan jalang, beralasan untuk khidmat urut, seks, arak dan daging-daging haram.
Mungkin inilah antara sebabnya timbul anggapan di kalangan orang Kemboja, bahawa orang Islam itu orang yang bersih dan sangat pentingkan kebersihan।
“Jom kita turun, kita pergi sana!” Pelawa rakan saya। Mengajak turun dari hotel tersebut, pergi ke sebuah hotel lain yang berhampiran. “Pergi meraikan kawan kita yang kahwin lagi॥”
Rakan yang bersama saya ini, seorang Islam Kemboja berasal dari Kampung Cham। Kampung Cham adalah sebuah negeri di Kemboja terdapat paling ramai penduduk Islam. Di situlah beliau dibesarkan dan menghabiskan usia mudanya bersama tentera bagi menuntut kemerdekaan di negaranya. Beliau sering berulang-alik dari negaranya melalui Thailand ke Malaysia berniaga, sambil mendalami ilmu-ilmu agama. Sering juga singgah bermalam di pekan Poipet, sebuah pekan kecil di sempadan Kemboja-Thai dalam negara Kemboja.
Secara kebetulan beliau memilih penginapan di sebuah hotel kecil di pekan itu, kepunyaan seorang wanita muda, janda anak satu। Tanpa disedari segala gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh pemilik hotel itu, wanita Kemboja keturunan Cina yang sudah tidak tahu lagi bahasa asalnya kecuali bahasa Kemboja.
“Kenapa tuan sentiasa berkurung seorang diri di bilik sewa ini, tidak mencari teman tidur seperti orang lain?” Wanita itu mencuri kesempatan bertanya kepadanya pada suatu hari।
Maklumlah, pekan sempadan। Di situlah sarang pelacuran, bagaikan tong-tong sampah tempat membuang najis. Diselangi tegukan air kencing syaitan dan perjudian yang kekadang membabitkan pergaduhan. Sedangkan orang-orang lain keluar masuk hotel dengan perempuan-perempuan muda keliling pinggang, seolah dunia tidak kiamat dan tiada hari pembalasan.
“Saya orang Islam।” Jawab kawan saya tegas. “Tidak boleh tidur dengan perempuan yang bukan isteri sendiri. Tidak boleh main judi. Tidak boleh minum arak॥”
Wanita itu nampak terkejut। Selama ini ia tidak pernah kenal orang Islam dari dekat. Ia teringat kepada bekas suaminya pegawai tentera Kemboja॥ Sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, membuat apa saja yang ia tidak suka.. menampar, menendang bahkan mengugut. Menyebabkan rumah tangganya hancur berderai. Hingga sekarang, bayang-bayangnya masih menghantuinya. Tapi orang Islam ini, mungkin tidak panas baran begitu. Kerana dia tidak minum arak. Sentiasa ke bilik air (berwuduk) dan nampak pembersih. Dia berfikir terus.
“Apakah semua orang Islam begitu?” Dia bertanya lagi।
“Sepatutnya begitu! Kami orang Islam, kami percaya pada Tuhan। Kalau kami buat jahat, walau siapapun tak nampak, tapi Tuhan kami nampak.”
Jawapan itu terus terpahat di kotak fikirannya, menyebabkan ia mula berjinak-jinak mengenali Islam। Akhirnya dia masuk Islam dan ingin berkahwin pula dengan orang Islam. Dialah wanita yang akan dikahwinkan sebentar lagi, di tempat yang kami sedang tuju sekarang.
“Mengapa engkau pilih orang lain tidak engkau sendiri yang menjadi teman hidupnya?”
“Kerana melihat latar belakang mereka berdua, aku rasa cukup sesuai। Apalagi ‘kawan kita’ ini orang Malaysia mempunyai wawasan besar untuk berdakwah. Aku ni, susah sikit॥” Katanya sambil geleng-geleng kepala.
“Sebab quota untuk kawin tambah dah dekat nak penuh! Juga di tanganku ini, ramai lagi anak-anak gadis kampungku yang warisnya menyerahkan amanat kepadaku untuk dicarikan jodoh। Mereka suka orang Malaysia kerana agamanya, walaupun terpaksa ikut jauh sesudah berkahwin. Atau menunggu suaminya pulang dari Malaysia sebulan atau dua bulan sekali menggiliri isteri-isterinya.” Perbualan kami terhenti bila sampai di depan hotel yang dituju.
Imam Masjid Besar Phnom Penh bersama dua pengiringnya yang dijemput pun ada di situ। Wanita itu dengan seorang temannya yang juga wanita pun ada sama. Sama-sama dijemput ke bilik melangsungkan majlis aqad nikah. Setelah menilik data-data peribadi pasangan, saksi-saksi dan mas kahwin yang cukup mudah, maka majlis pun berlangsung.
Setelah selesai Tuan Imam berkata, “Bagi kami orang yang mahu berkahwin menurut syariat adalah orang baik-baik। Seperti satu masa dulu awal 90an, tentera-tentera orang Islam Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu yang berkawal di sini dari berbagai bangsa di dunia telah kami kahwinkan berpuluh-puluh pasang sehari dengan wanita-wanita Islam tempatan atau yang baru masuk Islam॥”
“Mereka boleh duduk tanpa nikah kalau mereka mahu, kerana tiada undang-undang tangkap khalwat macam di negeri tuan-tuan! Kerajaan ini bukan kerajaan Islam, mereka lagi suka kalau rakyatnya tak ikut cara Islam।” Celah seorang pengiring Imam.
Tiba-tiba kawan kita orang Malaysia yang baru kahwin itu bertanya, “Adakah dikeluarkan apa-apa tanda dan bukti perkahwinan ini, supaya mudah saya membawa isteri saya ke Malaysia tidak kena tangkap basah??”
“Saya boleh bantu untuk dapatkan surat akuan nikah dari persatuan Islam di sini।” Jelas Imam lagi.
“Kalau semua yang kahwin bawa balik isterinya ke negara masing-masing, maka kuranglah benih Islam di sini। Maka lambatlah berkembangnya dakwah?” Giliran saya pula menyampuk.
Isteri baru kawan kita tadi pula menambah, “Bagi kami, mengahwini wanita di sini secara sah adalah amat bertangungjawab। Tak kira samada bawa balik isteri atau tinggal di sini! Bukan seperti askar-askar Amerika yang hanya memuaskan nafsunya sahaja, pulang meninggalkan pembiakan sarang pelacuran dan wabak penyakit॥ tinggalkan anak tanpa bapa, merayau-rayau di jalanan.”
Hebat juga muslimah ini, seolah-olah dia bukan muallaf। Fikirku.
“Tuan-tuan tahu?” Sambungnya। Nampaknya dia pula yang berkhutbah. “Negara kami baru lepas perang, telah mengorbankan jutaan lelaki kami. Ramai isteri yang kehilangan suami, anak kehilangan ayah, ke mana tempat mereka nak mengadu dalam negara miskin, baru dan rapuh ini?? Kadar nisbah lelaki perempuan di sini lebih 1:10. Bahkan ada yang kata lebih lagi hingga 1:30, kerana tiada statistik rasmi. Mengapa tidak ada badan-badan pembebasan wanita dunia membela secara praktikal dan bersungguh di sini??” Nadanya mulai beremosi.
“Tiada jalan lain kecuali dengan mengimport dan mengembangkan agama Islam di sini। Bawalah lelaki Malaysia ramai-ramai ke sini! Penuhilah quota kahwin empat menurut syariat, kerana tiada agama lain yang sebaik Islam. Sebab saya sendiri bersama rakan-rakan mampu mengumpulkan 50 wanita muda seminggu yang mahu masuk Islam jika ada lelaki Islam mahu kahwin dengan mereka. Tidak kira samada lelaki muda atau tua, kaya ataupun miskin! Termasuk kawan saya yang ada bersama kita di sini…” Katanya sebagai penutup, sambil mengerling kepada saya dan berpaling kepada wanita pengiringnya pula.
Ini membuatkan mata saya terikut memandang kepada wanita itu, yang kebetulan pula sedang mengerling pada saya॥ menjadikan saya terkejut, tergamam sehingga tergagap nak sebut samada ‘Astaghfirullah’ atau ‘Alhamdulillah’…
Sekian। Saya telah paparkan kisah ini pada Majalah Geletek April 2001. Kini dipaparkan semula sekarang sekadar mula menjawab mengenai penjelasan kahwin di Kemboja, seperti yang ditanyai pada tulisan lalu. Insya Allah, akan dipaparkan kisah-kisah selanjutnya.
Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 26-11-2007. KL.
Posted by Ibnu Hasyim at 1:02 AM
3 comments:
Salam Dr,
Muslim sebenar akan selamat walau di mana dan bila-bila masa. Itulah "Islam" atau "keselamatan".
Salam Dr,
Blog yang ringkas, tetapi penuh cerita.. paling kelakar, 25hours.. hehehe.. salam ziarah:0
Wslm Pakcik,
Benar kata-kata Pakcik tu.
Semoga Allah merahmati Pakcik.
Waslm Nurhani,
TQ sebab sudi singgah di blog saya ni.
Post a Comment