Monday, June 22, 2009

Bank Koperasi No.2

MESYUARAT Agung Perwakilan Tahunan Bank Persatuan kali ke-50 tahun ini, memahat detik bersejarah apabila bank berkenaan bakal diisytiharkan sebagai sebuah bank koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pengisytiharaan itu akan menjadi kebanggaan kepada bank sekali gus mencapai misinya untuk menjadi bank Koperasi Islam yang unggul, maju dan berketerampilan lambang gerakan koperasi negara.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Darus (gambar) berkata, menjelang detik bersejarah itu sewajarnya ahli meningkatkan pelaburan saham bagi menjayakan serta menyokong meningkatkan jumlah modal berbayar sehinga RM300 juta iaitu antara kriteria kelayakan untuk diisytihar sebagai bank koperasi kedua tidak lama lagi.

Sehubungan itu katanya, sudah sampai masanya bank perlu meluaskan operasi dengan pembukaan rangkaian cawangan baru di setiap negeri di Semenanjung selain 11 cawangan yang sedang beroperasi di beberapa negeri.





Antara cawangan baru yang dicadangkan termasuk cawangan ke-12 yang akan diwujudkan di Kuantan, Pahang akhir Julai ini dan cawangan ke-13 di Bandaraya Melaka Bersejarah akhir tahun ini, bertujuan memastikan pertumbuhan kukuh dari segi operasi perbankan.

“Kami mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar dengan lebih meluas di kawasan strategik tanpa terhad di lokasi tertentu,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Bank Persatuan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Mohd Yusuf Samsuddin di Kepala Batas semalam.

Selain itu, bank bercadang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) di semua cawangan bagi membolehkan pelanggan mendepositkan simpanan, pembayaran dan mengeluarkan wang simpanan.

Sumber : Harian Metro


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP